Langkah 1 : Kursus nikah ( Johor RM120 je )
Kursus perkahwinan dan dapatkan sijil kursus perkahwinan itu wajib okey... (kalo x cmner nk kawen kan) .. dah dapt tlg smpn ea ... kursus kawen sepatutnya korg pergi sekurang-kurangnya sebulan sebelum korg nk nikah.. Maknanya pengantin dgn bakal pasangan anda wajib pergi kurus Pra Perkahwinan.
ü Waktu ursus 2-3 hari.
ü Fotokopi Kad Pengenalan
ü Gambar ukuran Passport bagi lelaki – memakai songkok
ü Gambar ukuran passport bagi perempuan – berhijab dan memakai baju kurung
Langkah 2 : Borang Permohonan Nikah (weeee)
Sekarang semua dah canggih kan so permohonan nikah korg kne isik online je :
http://encr.johor.gov.my/
ü Borang Permohonan Nikah dibeli dengan hatga : RM 5/set
bagi sesetengah Pejabat Agama, pembelian borang tersebut tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa. Sesetengah Pejabat Agama mungkin boleh menerima wakil dengan syarat salinan kad pemohon disertakan
ü Borang permohonan yang lengkap boleh dihantar seawal 3 bulan atau paling lewat 2 hingga 4 minggu sebelum tarikh bernikah. – Semasa membeli borang, pastikan segala senarai dokumen yang diperlukan diperolehi dari Pejabat Agama daerah masing-masing. – Jika pasangan dari negeri lain, pasangan perlu mendapatkan Borang Permohonan Nikah dari negeri asalnya.
ü Borang Permohonan Nikah negeri Johor adalah di dalam tulisan jawi, tetapi pemohon boleh mengisinya di dalam tulisan rumi.
Borang permohonan terdiri daripada 2 jenis borang :
- Borang 1 – Borang Permohonan oleh Lelaki untuk kebenaran berkahwin
- Borang 2 – Borang Permohonan oleh Perempuan untuk kebenaran berkahwin
ü Borang Ujian Saringan HIV lengkap dengan sampul juga disertakan bersama tetapi perlu dibeli dengan harga RM5/set
ü Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dari Pejabat Agama
ü DAPATKAN SURAT PENGESAHAN PASSPORT DI BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH DI JABATAN AGAMA BAGI PERNIKAHAN WARGANEGARA DENGAN WARGANEGARA ASING
ü BAWA SURAT INI KE PEJABAT IMIGRASI UNTUK PENGESAHAN PASSPORT PASANGAN ANDA
ü SURAT PENGESAHAN PASSPORT TERSEBUT DILAMPIRKAN BERSAMA DOKUMEN-DOKUMEN DIATAS.
Langkah 3 : Isi Borang Permohonan lengkap Pra-syarat berkahwin yang kedua-dua pihak perlu patuhi :-
ü Sekiranya janda atau duda, dapatkan sijil penceraian atau kematian pasangan yang sebelumnya.
ü Sekiranya masih bujang, dapatkan pengesahan mengenai status bujang dari Penghulu atau Ketua Kampung atau Majikan yang beragama Islam.
ü Sekiranya saudara baru, dapatkan Akuan Memeluk Agama Islam atau Sijil Pengenalan Saudara Baru yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Daerah.
ü Sekiranya tinggal di alamat yang berlainan dari yang dicatat pada kad pengenalan, perlu mendapat Pengesahan Bermastautin dari Ketua Kampung atau Penghulu.
(syaratnya harus tinggal ditempat baru melebihi 6 bulan)
Langkah 4 : Mendapatkan tandatangan 2 saksi untuk Borang Permohonan dan tandatangan Wali
ü Saksi untuk borang permohonan terdiri daripada 2 orang lelaki yang bukan di kalangan keluarga dan ia hanyalah untuk saksi dalam bagi borang permohonan nikah ini sahaja.
ü Wali diperlukan untuk menandatangani borang permohonan nikah ini.
NOTA : SEANDAINYA WALI ANDA (AYAH KANDUNG/WALI YANG SAH MENGIKUT SUSUNAN WALI) TIDAK MAHU MEWALIKAN PERNIKAHAN ANDA/ TIDAK DAPAT HADIR PADA HARI DIMANA MAJLIS AKAD NIKAH DI ADAKAN, ATAS ALASAN KESEHATAN ATAU PERIBADI LAINNYA, SILA LENGKAPKAN SURAT IZIN WAKALAH YANG BISA DI MUAT TURUN/ MENDAPATKANNYA DI KAUNTER PEJABAT NIKAH KAHWIN, CERAI DAN RUJUK DI JABATAN AGAMA TERDEKAT. SETELAH MENGISI SURAT PERMOHONAN IZIN WAKALAH TERSEBUT, ANDA PERLU MEMBUAT PENGESAHAN DARI PEJABAT AGAMA SETEMPET DAN PASTIKAN ANDA MENDAPATKAN PENGESAHAN TERSEBUT. TANPA PENGESAHAN DARI PIHAK PERWAKILAN AGAMA SETEMPAT INI, SURAT WAKALAH ANDA “TIDAK SAH” DAN TIDAK DAPAT DIGUNAKAN.
Langkah 5 : Surat Akuan Status Diri
ü Dapatkan Surat Akuan Status Diri / Surat Akuan Bujang dan hanya ianya boleh diperolehi oleh satu satu daripada berikut :
- Penghulu
- Ketua Kampung
- Majikan beragama Islam;
- Surat kebenaran PDRM (untuk anggota polis)
- Surat Kebenaran KAGAT (untuk anggota tentera)
ü Sila bawa seorang saksi semasa hendak menandatangani surat ini
ü Maklumat penghulu atau ketua kampung boleh dirujuk di Pejabat Tanah dan Daerah yang berdekatan tempat tinggal masing-masing.
Langkah 6 : Ujian Saringan HIV:
ü Laporan Pengesahan Pemeriksaan Kesihatan (HIV) hanya boleh diperolehi dari Hospital atau Klinik Kerajaan Malaysia Sahaja.
ü Ujian di klinik Kerajaan hanya perlu bayar RM1 sahaja tetapi perlu merujuk kepada jadual waktu tertentu untuk menjalani ujian ini.
ü Berbanding jika ujian saringan HIV di klinik swasta, jumlah perkhidmatan yang dikenakan adalah RM25.
ü Sebelum ujian HIV dijalankan, pemohon perlu mengisi satu borang yang dikeluarkan oleh pihak klinik terlebih dahulu.
Langkah 7 : Menyediakan salinan dokumen berkenaan :-
Pastikan salinan dokumen seperti berikut disediakan :
ü Kad pengenalan bakal pengantin lelaki
ü Kad pengenalan bakal pengantin perempuan
ü Kad pengenalan Wali
ü Kad pengenalan Saksi Borang (2 lelaki)
ü Sijil Kursus Pra Perkahwinan
ü Surat Akuan Status Diri
ü Sijil asal dan salinan Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan anak pertama sahaja)
Antara dokumen tambahan (JIKA BERKAITAN SAHAJA)
ü Salinan surat mati wali ( jika wali meninggal dunia )
ü Surat/kad akuan memeluk Islam ( jika saudara baru )
ü Sijil Cerai asal (jika duda atau janda)
ü Salinan Sijil Kematian (jika balu)
ü Surat Kebenaran Berkahwin Luar Kariah @ Luar Negeri (jika bakal suami tinggal berlainan daerah Pejabat Agama Daerah atau di lain negeri)
ü Surat Sokongan dari Jabatan Imigresen Malaysia (jika pemohon warganegara yang memegang Pas Lawatan Kerja Sementara )
ü Surat Pengesahan Tandatangan Wali jauh (jika wali tinggal jauh dari tempat permohonan)
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN LELAKI (WARGANEGARA ASING)
- Salinan Passport
- Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
- Bagi pemohon duda- sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.
- Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy di Malaysia
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN JIKA PENGANTIN PEREMPUAN (WARGANEGARA ASING)
- Salinan Passport
- Surat Keterangan diri dari pihak agama / berkuasa negara asal (surat izin tumpang menikah di Malaysia)
- Surat Wakalah (bagi pernikahan yang tidak dihadiri oleh wali sewaktu pernikahan berlansung) Surat ini dari Wali yang sudah disahkan benar dari pihak agama / pihak berkuasa setempat Negara asal.
- Bagi pemohon janda / balu – sertakan Akuan Perceraian atau Sijil Kematian pasangan terdahulu.
- Surat kebenaran menikah daripada Kedutaan / Embassy / Konsulat di Malaysia
APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING
- Bawa bakal isteri/suami anda ke PEJABAT IMIGRESEN berdekatan dan serahkan SURAT PERMOHONAN PENGESAHAN PASSPORT yang anda ambil di BAHAGIAN UNDANG-UNDANG SYARIAH tadi dan serahkan ke kaunter imigresen untuk disahkan/dicop.
Langkah 8 : Menghantar borang permohonan lengkap
ü Bawa semua dokumen yang sudah lengkap ke bahagian Undang Undang Syariah di Jabatan Agama.
ü Submit semua dokumen.
ü Pastikan sijil asal – Sijil Nikah ibubapa (Untuk pengantin perempuan (ANAK PERTAMA) sahaja) dibawa bersama.
ü Setelah itu anda harus ke Kaunter Semakan dan Temubual.
ü Temubual ringkas akan dibuat dan soalan yang ditanya adalah berkaitan dengan soalan-solan yang biasa sebagai seorang Islam.
APABILA PASANGAN ANDA MERUPAKAN KERAKYATAN WARGANEGARA ASING :
- Pasangan anda dibenarkan pulang ke negara asal beliau setelah pemotongan permit kerja.
- Sila bawakan SURAT PENGESAHAN PASSPORT (SALINAN) tersebut bersama dengannya untuk URUSAN VISA ketika berada di negara beliau. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Pejabat Imigresen di Negara beliau.
- Pasangan anda di perbolehkan kembali ke MALAYSIA setelah mendapatkan PASS LAWATAN SOSIAL dari Negara-nya untuk melanjutkan RESEPSI PERNIKAHAN TANPA SEBARANG MASALAH.
Langkah 9 : Membeli 2 Borang terakhir (dah boleh senyum ni, sebab step ni yang paling menbahagiakan dalam mengurus prosedur pernikahan
ü BORANG 3 – KEBENARAN MENIKAH akan dikeluarkan setelah semua dokumen anda lengkap serta sessi temubual sudah selesai.
ü BELI BORANG 6 RM 2 (PERMOHONAN MENDAFTARKAN NIKAH)
ü BELI BORANG 8 RM10 (SIJIL NIKAH)
ü Pihak Agama setempat akan menyertakan seberondong dokumen untuk anda bawa bertemu orang terakhir yang memainkan peranan sebagai JURUNIKAH.
Langkah 10 : Menghantar Borang 3, 6 & 8 kepada JURUNIKAH / IMAM
ü MasyAllah, senyum manis tak dapat dibuat-buat kawan.. Senyum bakal raja sehari akan sendirinya terpancar tanpa diminta. Fiza sabra kawan kena tunggu beberapa waktu lagi.
ü Bawalah seberondong dokumen yang isinya adalah ketiga-tiga dokumen diatas menghadap JURUNIKAH yang sudah di sertakan alamatnya, serta no telefon oleh PIHAK PEJABAT AGAMA. Namun disini siapa pun boleh menyerahkan dokumen ini. Sebaiknya WALI dari pihak perempuan atau ayahanda dari pihak lelaki yang menghantarnya. Lebih manis kawan… J biar orang tua memainkan peranan mereka untuk penyempurnaan setengah dari dien anakanda tercinta.
Langkah 11 : HARI AKAD NIKAH – That’s your day my dear… smile…
ü Pastinya ini adalah detik-detik yang dinanti.
ü Ingatkanlah ayahanda tercinta agar beliau dapat menghubungi JURUNIKAH 2 atau 3 hari sebelum saatnya.
ü Pastikan semua Wali dan Saksi untuk majlis akad nikah dimaklumkan terlebih dahulu dan membuat persediaan.